<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

Pembaca Setia Sedang Leka Melepak Kat Sini

Vote
Blog Kengkawan

Fotopaages

Match Up
Match each word in the left column with its synonym on the right. When finished, click Answer to see the results. Good luck!

 

Word of the Day

CHW

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Oct 26, 2008
Red Carnival

Red Carnival muncul lagik u ols

Sempena World Aids Day bagi tahun 2008 inniew, Red Carnival akan diadakan di tempat biasa la iaitu kat Sg Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Tarikh nyer? 29 dan 30 November 2008 la u ols.

Masa? Errr darik kul 10 pagi hingga la kul 7 petang.

Kalo u ols nak jadik sukarelawan, silalah berhubung ngan orang2 kat PT Foundation atau tinggalkan pesan kat blog nieh, occayy. Kalo x pong u ols leh menghadirikan diri kat tempat ittew untuk menghulurkan sumbangan seberapa ikhlas la.


Posted at 06:28 pm by kasih_honey
Make a comment  

Jul 6, 2008
Motivasi

Kepada pengunjung yang masih sudi berkunjung ke blog mak, mak nak kasik taw u ols -

Program Mak Nyah PT Foundation akan mengadakan satu Sessi Motivasi yang akan dikendalikan (penceramah nyer la u ols) Dato' Wan Halim. Sapa dier nieh u ols? Ntah la, mak tak kenal pong. Hiks.

Ia akan diadakan di Pusat Komuniti Program Mak Nyah yang terletak di tingkat 4, Wisma Tan Com, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Kat mana ekk? Kalo korang masih blur gaks, kat Tune Hotel Air Asia tuh la, kat ngan simpang Maju Junction tuh la.

Tarikhnya? 13 julai ini iaitu pada hari ahad jam 3 petang hingga 5 petang sahaja. Tiada bayaran masuk akan dikenakan dan semua dialu-alukan untuk datang. 


Posted at 02:30 pm by kasih_honey
Make a comment  

Nov 28, 2007
Keep pondans in check

Entry di bawah mak ambik dari akhbar the star

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/11/28/focus/19592278&sec=focus


Keep pondans in check

MY wife and I holiday almost every year in Malaysia and genuinely love being here. What a wonderful country!  

We would like to thank all Malaysians for making all our stays so enjoyable.  

I would, however, like to comment on one concern we encountered this year and that is the large number of ¡§pondans¡¨ loitering around Jalan Sultan Ismail after dark.  

On numerous occasions, I was approached by these individuals with sexually explicit propositions that I found highly offensive. 

While I have no problem with people who choose alternative lifestyles, I feel that allowing this activity to be conducted in one of the main tourist areas can only be seen as detrimental. 

I would suggest that these activities are quarantined in a less high profile area. 

DAVID JOHNS, 

Sydney, Australia.  


Posted at 05:21 pm by kasih_honey
Make a comment  

Nov 15, 2007
Hari Aids Sedunia

Sambutan hari aids sedunia akan diadakan di Sg Wang Plaza pada 1 dan 2 disember 2007. Anda dijemput hadir bagi memeriahkan acara dan sumbangan atau pembelian cenderamata adalah amat digalakkan.

Bagi yang berminat untuk menjadi sukaralewan untuk bertugas pada hari berkenaan, sila hubungi mak untuk maklumat lanjut atau terus sahaja ke PT Foundation.


Posted at 12:36 pm by kasih_honey
Make a comment  

Nov 10, 2007
Seorang lagik dibunuh

Berita ini diambil dari http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20071110000713/Article/index_html

Cemburu punca model sambilan mati dibunuh

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

GEORGETOWN: Polis percaya punca kematian seorang lelaki berperwatakan wanita yang ditemui mati dibunuh dalam sebuah pangsapuri di Taman Kerling, Jalan Sungai, Jelutong, di sini, bermotifkan cemburu dan samun.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid, berkata berdasarkan siasatan yang dilakukan mangsa dikenali sebagai Roslan Abd Rahim, 37, adalah seorang model sambilan.

Katanya, mangsa yang dipercayai berasal dari Sungai Pinang, di sini, ditemui dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat di atas katil di dalam bilik tidur rumahnya.


Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan dilakukan mendapati rumah mangsa berselerak dan hasil bedah siasat dilakukan Pengarah Forensik dan Pathologi, Datuk Bhupinder Singh, kematian mangsa disebabkan kesesakan nafas.

"Mangsa dipercayai ditutup mulutnya dengan menggunakan bantal dan kemungkinan dibunuh oleh orang yang dikenalinya yang masuk ke dalam rumahnya pada hari kejadian.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum polis dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin," katanya ketika ditemui di IPDTL, di sini, semalam.


Posted at 04:45 pm by kasih_honey
Make a comment  

Nov 5, 2007
Kembali

Hari ini mak menerima kiriman sms dari bekas kawan baik mak. Mak sungguh tak sangka u ols dia akan sms mak dan nak sambung semula persahabatan we all yang dah terputus tue.

Sebelum tuh dia anta mak kad raya dan mak lak dah balas ngan surat jek sebab masa tuh dah nak raya esok lusa kan, mana nak sempat nak anta kas. Mak jugak sebelum tuh dah emel dia. Nasib la emel masih ada lagik tapi mak tak leh nak sms dia sebab no dia dah lama terdelete. Opsssssssssssss

Pun begitu, berita buruk nyer ialah mak dah terhilangkan thumb drive mak yang penuh berisi pics2 terlampau. Nasib tak dek pics peribadi nieh. Kalo tak harusssss la mak nanggis kan. Serammmmmmmmmmm la u ols.

Owh ya, mak nak ambik kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengunjung setia blog mak nieh. Mak sayang u ols atas kesetiaan u ols singgah ke sini walaupun dah lama mak tak hupdate nieh. Muaaaaaaaaaahs.


Posted at 12:38 pm by kasih_honey
Make a comment  

Aug 31, 2007
Merdeka

Pepagi mak kena anta mom ke umah sis. We all naik bas sampai ke bandar besar tuh sebab bas ke sana yang sampai dulu. Oleh kerana bas penuh mak turun kat hentian bas besar dan pastuh berjalan balik ke station komuter. On the way tuh we all terserempak ngan bebudak sekolah swasta sedang mengadakan perhimpunan sempena merdeka dan pastuh dari station komuter leh nampak diaorang berarak dengan bendera2 ke mana tah.

Dalam train pun ramai gak bebudak sekolah yang balik bercuti. Selain dari diaorang, dah tentu la pekerja asing yang turut mengambil kesempatan di atas coti umum yang panjang nieh.

Oleh kerana mak tak kasik mak call anak sedara mak untuk jemput we all, maka we all pun naik cab la untuk ke umah sis. Lepas turun dari cab mak pun berpisah ngan mom dan mak ke pusat membelibelah kat umah sis. Ketika mak nak kuar kan duit baru mak sedar yang budget mak lari so mak kena terus balik umah la dan tak leh nak ke umah lama.

Dalam perjalanan balik tuh, mak beli makanan untuk lunch dan kena la ambik bas untuk berjimat cermat dan mak sempat singgah cc untuk selama 3 jam.

Owh ya, mak nak ucapkan selamat menyambut merdeka kepada semua pembaca blog mak nieh. Sayang u ols!


Posted at 05:26 pm by kasih_honey
Make a comment  

Aug 26, 2007
Lawatan Ke Nilai

Sebenarnya mak dah lama janji ngan anak sedara mak yang mak nak ziarah dia, sejak dia bersekolah kat labu lagik. Cuma baru kali nie la mak dan mom berkesempatan untuk ke tempat dia belajar nieh 

Pagi2 mak dah bangun dan carik bas untuk ke umah sis. Sampai je kat umah sis, mom suh makan nasik dulu. Anak sedara mak tak de, dia ke bukit jalil, kena kerja, ada pameran apa ntah dan mak kena la pergi ngan mom. Mak ingat nak ajak dia temankan we all sebab susah gak kalo tak de keta nak ke tempat anak sedara mak yang lagik sorang tuh.

Lama gak tunggu cab dan akhirnya pegi ke station komuter. Kena rm5.50 cam tuh. Pastuh lepas beli tiket tren sampai tapi we all tak naik sebab penuh sangat. Masa tuh sekitar jam sepuluh pagi. Sapa sangka yang tren akan penuh cam tuh kan.

Tren berikutnyer sampai dan mak cakap ngan mom we all kena gak naik walaupun penuh. Nasib ada mamat baik kasi mom duduk. Mak kena berdiri sampai la old station tuh. Pastuh mak panggil mom duk kat sebelah mak. Train dipenuhi oleh bebudak sekolah nieh. Ya la, esok sekolah kembali bukak kan.

Sonok mak tengok anak ikan yang cute mute nak balik ke hostel/sekolah diaorang. Berair pooks mak. Opsssssss.

We all akhirnya sampai gak ke destinasi dan mak call anak sedara mak tuh tapi dia tak angkat. Tension mak!!! Akhirnya bila we all dah sampai kat depan hostel dia, baru la dia angkat fon dia tuh. Hemmm. Panas la u ols masa tuh, sekitar jam 12.30 thari. Pastuh dia cakap dia nak lunch kat situ je. Mak ngan mom ikut je la. Kat luar hostel dia memang ada banyak gerai makan.

Owh mak lupa nak cakap, mak dah pegi dah tempat dia belajar nieh ngan kawan mak tahun lepas. Masa tuh pelajar lelaki duk kat situ gak. Sekarang mengikut anak sedara mak, pelajar lelaki dah pindah ke tempat lain. Ohhhhhh, frust mak occayy! Hiks.

Apa pun ada gak pakwe yang datang kar situ untuk makan ngan makwe diaorang. Opssssss. Lepas makan semua tuh we all pun balik la dan mak cakap ngan mom we all akan naik komuter je la dan tak yah singgah kl. Tambang nyer lebey rm7.

Perjalanan dalam tren pun dipenuhi ngan penumpang terutama dikalangan budak sekolah. Sekali lagik mak menjamu mata la. Hehehe.

Mak sampai kat umah sekitar jam 4.30 petang dengan kepenatan ya amatz. Mak terus tdo sampai la nak maghrib nieh.


Posted at 05:21 pm by kasih_honey
Make a comment  

Aug 23, 2007
Iklan Kurma

Entry nieh mak nak tuju khas buat si cris yang pernah kasik komen kat entry mak yang terdahulu berkaitan ngan iklan produk nieh. Cuma dulu mak komen iklan kat tv tapi kali nieh mak nak komen tentang iklan kat radio yang mak dengar ari sabtu lepas ketika mak dalam bas nak balik key ell.

U ols, selepas mendengar bebaik iklan dier, mak dapati konsep pengiklanan nyer sama jek ngan yang ditayangkan kat kaca tv. Haiyooooh. Mak tak faham langsung apakah yang ingin ditonjolkan oleh pengiklan nieh. Jenama produk/barangan atau nama syarikat pengedar? Mak rasa empunya syarikat mesti telah mendapat nasihat tentang pengiklanan yang salah. Ibarat produk milo, yang ditonjolkan ialah jenama milo dan bukan nyer nestle yang menjadi pengedar atau empunya jenama milo. U ols faham tak apa yang mak nak sampaikan?! Apa komen ko cris? Hiks


Posted at 05:31 pm by kasih_honey
Make a comment  

Aug 22, 2007
Kerja Luar

Sekitar jam 11 mak dapat panggilan dari boss mak, dia cakap dia tak dapat anta report ke wp so dia suh mak hantar kan la. Sebelum tuh mak kena ambik pics dulu dan pastuh boleh la ke wp. Mak cakap ngan dia tambang cab sekitar rm25. Dia setuju je la.


Mak dapat bas untuk ke bandar agak lambat biarpun mak dah kuar dari ofis sebelum kul 1 tghari lagik. Sampai je mak terus carik bank dan pastuh singgah kedai buku untuk beli gam. Semasa mak pegi kedai gambar, pekerja tuh dah kenal mak dan salah seorang darinya sedara mara jugak. Mak tegur dia betapa cantik kulit dia dan dia cakap berkat kerana dajh berlaki. Hiks. Sapa nak jawab tuh? Makan hati occayy.


Mak jugak terpaksa la menampal pics tuh sumer kat kedai gambar berkenaan. Nasib ada ruang. Dah siap tuh mak kena fotokopi lak gambar2 yang dah siap bertampal tuh. Ginilah antara tugasan mak untuk pengetahuan u ols. Pics tuh sumer adalah sebahagian dari report yang mak perlu lakukan.


Pastuh mak sempat lagik ke kedai tenaga untuk bayar bil letrik mak. Terkejar-kejar occay. Akhirnya settle jugak dan mak segera mencarikt eksi dan ketika mak nak lintas jalan ada satu abang2 sanggup hantar mak ngan bayaran yang berpatutan. Legaaaaa.


Mak teringat yang mak tak pakai safety boot tapi akhirnya abang tuh sanggup hantar mak ke dalam sana dan mak tak yah la suruh dia singgah ofis mak. Legaaaaa.


Sampai kat gudang tuh, orang yang mak nak jumpa tuh kuar makan. Masa tuh dah kul 2.15. aiyoooo. Pastuh salah sorang abang pekerja 

yang hensem tuh tegur mak dan pelawa mak duduk. Sungguh berbudi bahasa occayy. Mak tergoda! Opssssss.


Lama gak la mak tunggu sebelum staf berkenaan balik dan lepas tuh mak kuar dari tempat tuh. Mak sempat ke kedai mini kat station minyak tuh untuk beli minuman dan boss mak cakap mak kena balik naik bas. Mak ok je la tapi penat nyer, nasib tak lama mak kena tunggu bas tuh.

 


Posted at 05:18 pm by kasih_honey
Make a comment  

Next Page